Welcome to my world. Be nice here. Thank you.|+Follow | DBoard|

//Nabila ok

what happen to malique too phat ?
Sunday, September 2 | 2:09 AM | 0 ChickyCherry

fuhh . siap juga hias blog ni . hias semata mata nak tulis tentang malique too phat tu . seriously , aku tak minat sangat rap rap ni . but , selepas aku dengar lagu "teman pengganti" aku makin suka rap . aku pun tak tahu laa kenapa . Sebelum aku nak ceritakan tentang lagu 'TEMAN PENGGANTI' ni , biar kau nak cerita kat korang pasal lagu "aku maafkan kamu" . aku ada dengar khabar angin yang lagu ni ada maksud tersirat . tapi entah betul atau tidakkan . aku pun buat research kat google . aku suka siasat sesuatu benda , so thats why , aku siasat lagu ni walaupun orang kata benda remah temEh kan . but aku tak kisah . dah aku suka kerja siasat menyiasat ni . nanti boleh laa kan CSI ambik aku sebagai pelakon dia . k tak lawak k . 

sepanjang aku menyiasat lagu ni , aku memang simpati kepada Malique Too Phat ni kan . cuba korg hayati lirik dia .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------AKU MAAFKAN KAMU
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati
Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan
[Lirik Credit to Myliriklagu]
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orang kata ada something yang ingin disampaikan oleh Malique tentang lagu ni . sebagai contoh :
Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta
Bila orang jahat duduk bertakhta maka orang yg bawahannye confirm laa kan kena tindas . mungkin ini KUT masuk lirik ni . ada jugak orang kata yg ada orang indon tak berpuas hati dengan Malique ni dan org indon tu ,buat buatkan si Malique ni . ishh . pelik kan ? tapi aku tak sure laa kan benda ni betul atau tak . kang tak pasal pasal aku kena saman sebab pandai pandai buat cerita kan . 
Dan sekarang ni lagu terbaru Malique "TEMAN PENGGANTI" . Some people says , ada maksud tersirat dalam lagu ni . apa apa pun cuba korang baca lirik dia :')
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

how nice tak lirik dia . yg paling tersentuh sekali ,
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan bergant
Bilik dah ku kemas
, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti.


 *pssstt : apa apa pun semoga abg Malique sihat selalu .
thans ya reading :)
selamat hari raya .
Monday, August 20 | 12:01 AM | 0 ChickyCherry

hai , lame kan tak meng-update blog . bak kata budak blogger "dah bersawang dah blogger aku" . aku bukan apa malas sgt nak updat eblog . tak dek cerita nak dikongsikan dgn korag . cayh "korang" . mcm ade jek org baca blogger aku ni kann . 

ok ok . balik kepada asal . entry kali berbincang pasal hari raya . sebelum tu aku nak tnya apa khabar semua ? seronok beraya ? wah wah . tahun ni aku tak balik kelantan . apa ? knp ? jangan tanya la . the reason is family aku akan balik hari raya haji nanti . bulan sepuluh nanti . bulan sebelas pulak kakak aku akan kawin . apa ? bila aku nak kawin ? esh . lmbt lagi laa . maybe 15 tahun lagi kot . yelakan . same nak kawin ngn aku .

ok ok lari dari tajuk lagi . apa pun aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA RAKYAT MALAYSIA .



Older Post
The owner



Assalamualaikum . keep silent .

Navigations

Entries About Links

Now Playing




Cheyenne by Greyson Chance

Credit



Template : Aina Hanani
Background : Sis Una
Image : We ❤ it
Best view : Google Chrome
Sucks on Mozilla and Internet Explorer